Sunday, March 16, 2014

Inilah Air Mancur Paling Mahal Di Dunia

Ini adalah air mancur terbesar dan paling mahal di dunia. Air mancur ini dibangun didalam Danau buatan Burj Dubai. Panjangnya lebih dari 900 kaki dan dapat menyemburkan air hingga ketinggian 500 meter. Air mancur ini bisa semprotkan sebanyak 22.000 galon air di udara. Lebih dari 6.000 lampu dan 25 proyektor super warna membantu untuk membuat patung menari air yang menakjubkan.

[imagetag]

[imagetag]

[imagetag]

[imagetag]

Bagaimana tidak mahal, cara pembuatan dan mengaturnya saja sudah membutuhkan waktu dan uang yang bnyak, Soo.. Buat Ente yang ingin lebih banyak lagi fotonya, bisa di lihat disini.

Sumber

#bcfda5
ReadFull Article ..

Saturday, March 15, 2014

Tentera Inggeris Yang diBunuh Di England Pernah Ditugaskan di Afghanistan

 detikNews
 
Lee Rigby (NBC News)
London - Lee Rigby, tentera Inggeris yang dibunuh dengan sadis di jalanan London pernah bertugas di Afghanistan. Oleh rakan-rakan sesama tentera, Rigby dikenal sebagai perajurit yang berdedikasi dan profesional.

Rigby yang dilahirkan di Manchester,   ini mulai bergabung dengan tentera pada tahun 2006. Dalam pernyataannya, Kementerian Pertahanan Inggeris menyebut Rigby pernah ditugaskan di Provinsi Helmand, Afghanistan pada tahun April 2009 lalu.

"Dia bertugas sebagai anggota Kelompok Pendukung Serangan di markas patroli Woqab," demikian pernyataan Kementerian Pertahanan Inggeris, seperti dilansir NBC News, Jumaat (24/5/2013). Kelompok Rigby tersebut mengoperasikan   machinegun.

Setelah itu, Rigby pernah ditempatkan di istana kerajaan Inggeris sebagai anggota integral dari Korps Drum Militer. Selain di Afghanistan, Rigby juga pernah bertugas di Cyprus dan Jerman. Mulai tahun 2011, Rigby ditempatkan di London dan bertanggung jawab untuk penugasan di Menara London.

Ketika insiden mengerikan ini terjadi pada Rabu (22/5), Rigby berstatus anggota Batalion 2 dari The Royal Regiment of Fusiliers. "Dia tentera yang sangat profesional dan berdedikasi," puji Komandan Second Fusiliers, Letnan Kolonel Jim Taylor.

"Dia tetap ada dalam hati kami para anggota Korps Drums. Seorang drummer yang berbakat dan ahli senapang mesin yang berpengalaman, dia merupakan pejuang sejati dan mengabdi di Afghanistan, Jerman dan Cyprus," jelasnya.

Komandan pleton Rigby dari tahun 2010-2011, Kapten Alan Williamson menyebut Rigby sebagai lelaki yang humoris. "Dia selalu memberikan gurauan untuk mencerahkan suasana," kenangnya.

Rigby dikenal sebagai seorang ayah yang sangat menyayangi puteranya, Jack yang berusia 2 tahun. Rigby berkahwin dengan isterinya, Rebecca Metcalfe di Gereja St Anne, Southowram pada bulan Ogos2007 silam. Namun keduanya sudah berpisah.
ReadFull Article ..

Friday, March 14, 2014

Gambar PEMBUNUHAN KEJAM DI GENTING HIGHLAND PD 24 6 2013


PEMBUNUHAN KEJAM DI GENTING HIGHLAND PD 24.6.2013..  MALAYSIAKU YG AMAN DAN SELAMAT..
PEMBUNUHAN KEJAM DI GENTING HIGHLAND PD 24.6.2013..
xdrag86.hexat.coms photo.
ReadFull Article ..

Thursday, March 13, 2014

Radhi OAG Dan Shahira Bakal Bernikah Tahun Depan

Radhi OAG Dan Shahira Bakal Bernikah Tahun Depan | Nur Shahira Ayu Zahiri, merupakan kekasih kepada penyanyi Radhi (OAG) mengesahkan mereka bakal bernikah pada tahun hadapan.
Radhi OAG Dan Shahira Bakal Bernikah Tahun Depan

Nur Shahira Ayu yang lebih mesra disapa Ayu, 19, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka semai sejak empat tahun lalu sudah masuk pada fasa yang matang.

“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Selasa lalu.

Kata Ayu, keluarga kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak membantah keputusan itu.

Malah ujar Ayu, dia juga berasa bertuah kerana Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Tambahnya lagi, walaupun bukan mudah berkawan dengan individu seperti Radhi tetapi dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran berkasih dengan insan yang terlibat dengan dadah.

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” ujar Ayu.

Menurut gadis cantik manis itu, dia juga tidak malu apabila dihina kerana mencintai bekas penagih dadah kerana cintanya kepada duda tersebut disemai dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Mengimbas semula detik pertemuannya Ayu berkata, mereka bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belah The Curve, Damansara dekat sini ketika dia berusia 15 tahun.

Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Ayu yang merupakan seorang model sambilan berkata, disebabkan berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan Radhi, dia telah membuat keputusan menukar imej dengan memakai tudung sejak bulan Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah... sedikit demi sedikit saya berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia lapan tahun. sumber


ReadFull Article ..

Wednesday, March 12, 2014

Gantung pakaian dalam wanita tepi jalan di Kuantan


Pakaian dalam yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota 2.


KUANTAN- Bukan sahaja menyakitkan pemandangan, malah keadaan pakaian dalam wanita yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota Dua di sini menjadikan keselamatan penduduk turut terancam.

Penduduk Zaliah 25 berkata, dia terkejut apabila melihat beberapa helai pakaian dalam wanita ‘dipamer’ di dahan pokok dan papan tanda.

Menurutnya, sebagai wanita, dia sememangnya rasa terganggu dengan situasi tersebut apabila ada individu yang mungkin telah mencuri pakaian dalam tersebut semata-mata untuk kepuasan nafsu mereka.

“Saya tinggal di rumah sewa bersama empat rakan yang lain dan laluan tempat pakaian dalam ini di tayang merupakan laluan utama saya ke tempat kerja.

“Memang terkejut melihat keadaan ini dan pada masa yang sama saya rasa keselamatan kami sebagai wanita turut terancam.

“Apa muslihat individu tersebut menayangkan pakaian dalam ini jika tidak berunsurkan gangguan seksual,” katanya.

Sehubungan itu, dia kini lebih berhati-hati untuk menyidai pakaian di luar rumah sejurus insiden tersebut.

Bagi Haslinda (bukan nama sebenar), 23 berharap agar pihak berkuasa seperti polis dan rondaan SRS dapat dilaksanakan dengan lebih teliti lagi.

“Kawasan ini adalah kawasan perumahan, dan kami bimbang jika keadaan ini berlanjutan, akan ada masalah lain pula yang timbul.

“Jika si pelaku ini tidak ditangkap, mungkin ada yang menjadi mangsa rogol pula.," katanya.
ReadFull Article ..

Tuesday, March 11, 2014

Inilah Punca2 Kerajaan PAS Kedah Terguling


PRU ke-13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang. PRU13 menyaksikan tsunami rakyat menolak BN kecuali di beberapa negeri.


Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kecemerlangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu, sementara berjaya menidakkan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan. Tetapi berlainan pula keputusannya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN. 

Sebagai seorang ahli politik anak Kedah, saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kekalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah. Pentadbiran ala-Umno Kemenangan Pakatan Kedah dalam PRU12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majoriti rakyat yang mahukan perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh Umno-BN. 


Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh kerajaan Datuk Seri Azizan Razak apabila sejak dari awal lagi beliau dikatakan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh korporat yang dikaitkan dengan Umno sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri. Jawatan-jawatan penting dalam syarikat dan institusi berkaitan kerajaan negeri diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan Umno tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj kerajaan negeri sama ada secara langsung atau tak langsung. 

Maka lahirlah isu-isu seperti kes pelantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas, isu bercambahnya pusat hiburan dan karaoke berlesen dan tanpa lesen, isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta kakitangan di KUIN. Kesemua isu di atas tidak diatasi ataupun diselesaikan. Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik di media-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan. Saya mendapat maklum majoriti staf KUIN yang menyokong PAS tidak memberi undi kepada parti itu dalam PRU yang lalu. 

Rakyat melihat pentadbiran Azizan lemah, tidak efisyen, tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya. Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan bawah pentadbiran PAS disia-siakan. Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi. Hampir 20 peratus undi diberi kepada BN tinjauan dari kekecewaan itu. Pergolakan dalaman Pergolakan dalam cawan antara exco Datuk Phahrol-Dr Ismail dan Azizan yang telah selesai dan dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri melalui pemilihan calon-calon PRU13. 

Azizan dilihat mencantas Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi yang bukan kroni beliau. Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk disembelih, sementara Dr Ismail dibuang terus. Bantahan demi bantahan dari orang ramai akhirnya menyaksikan Phahrol dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun. Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang dalam tiga mesyuarat tertinggi di peringkat negeri - mesyuarat harian, politik dan pilihan raya serta dadan perhubungan. Malah permintaan ahli perhubungan negeri untuk supaya ia dibincangkan tidak pernah diambil peduli. Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada PAS Pusat, dengan beliau menjadi master mind dipilih senarai yang beliau restui sahaja. 

Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut prosedur ini telah mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat jentera parti di segenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan kelesuan jentera pilihan raya. Jabatan pilihan raya gagal Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS negeri sejak dari awal lagi telah menyimpang dari landasanya apabila mencampuri urusan pemilihan calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN. Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitik untuk memastikan hanya Azizan dan kronimya sahaja menang. Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan. 

Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan. Lebih malang   apabila bilik gerakan membuat laporan membodek menyatakan faktor Azizan akan menyumbang 70 peratus kepada kemenangan Kedah walaupun fakta sebenar sebaliknya. JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. Calon-calon masuk bertanding tanpa strategi khusus untuk menang. 



Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen, berbeza mengikut ras, jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan. Ketiga-tiga faktor di atas menjadi faktor utama, di samping faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada PAS Kedah. Semoga "teguran Allah" ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang tidak lagi boleh berbincang atau ditegur. Mereka memilih jalan susah dan jalan yang lebih panjang untuk belajar. Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hamba-Nya hanya perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan. Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak memenuhi cirri-ciri itu dan itulah yang berlaku di Kedah. Semoga kita sama-sama bermuhasabah.

sedakasejahtera

- SUMBER
ReadFull Article ..

Monday, March 10, 2014

9 RAHSIA HIDUP KITA TERJAWAB DIDALAM AL QURAN

1-KENAPA AKU DIUJI?
Surat Al-Ankabut: 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami   telah   menguji   orang-orang   sebelum   mereka,   maka   sesungguhnya   Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
“Boleh jadi Ente membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) Ente menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah  mengetahui, sedang Ente tidak mengetahui.”

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
Surah Al-Imran ayat 139
“Janganlah Ente bersikap lemah, dan janganlah (pula) Ente bersedih hati, padahal Entelah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika Ente orang-orang yang beriman.”

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
“Dan jangan Ente berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir.”

6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
Surah Ali-Imran ayat 200
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah Ente dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya Ente beruntung.”

7-APA JAWAPANNYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46
”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat  kecuali  bagi orang-orang  yang khusyuk,  (yaitu)  mereka  yang  yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”

8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
Surah Ali-Imran: 173
“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,
dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”


SUMBER
ReadFull Article ..

Sunday, March 9, 2014

Sabotaj halang kutipan sampah kata MB Selangor


sinar harian
var dateEG = "July 9, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 9 Julai 2012
Sabotaj halang kutipan sampah, kata MB Selangor
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa terdapat unsur-unsur sabotaj - wujudnya pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab - cuba menggagalkan kerja-kerja kutipan sampah di Selangor.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai unsur sabotaj sejak kebelakangan ini.

"Unsur sabotaj ini dapat dilihat dengan jelas apabila kerja kutipan sampah di Selangor dihalang oleh lori-lori serta mengancam  pekerja yang mengangkut sampah," katanya menjawab pertanyaan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini.
Sidang Dun bermula dan akan berlangsung hingga Jumaat ini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri melalui PBT telah mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi masalah ini dengan cara mengadakan perjumpaan bersama kontraktor PBT agar nereka mengetahui masalah yang dihadapi ini.

"PBT harus sentiasa mengawal dan mengawasi perkhidmatan yang diberikan oleh semua kontraktor supaya mereka menepati syarat yang ditetapkan semasa proses lantikan," beliaunya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut membuat pembelian 50 lori kontaktor untuk diagihkan kepada semua PBT melalui anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

"Kerajaan Negeri melalui PBT akan sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan terhadap kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam.

"Talian bebas tol aduan sampah turut membuktikan komitmen penuh diberikan agar semua aduan dapat diselesaikan dengan segera," tambah Khalid.
ReadFull Article ..

Saturday, March 8, 2014

Desain Supercar Ini Terinspirasi dari Jet Tempur

Desain Supercar Ini Terinspirasi dari Jet Tempur
Produsen mobil sport asal California, Bulleta Motors, mengungkap kehadiran supercar anyar mereka yang terinspirasi oleh pesawat tempur milik AS.

Dilansir Worldcarfans, supercar bernama Bulleta RF22 ini memiliki desain yang terinspirasi dari jet tempur Lockheed Martin F-22 Raptor.

Dibangun dengan basis Lotus Evora, mobil sport ini dirancang oleh Samir Sadikhov yang sebelumnya pernah mendesain Aston Martin DBC dan Cadillac C-Ville.

Bulleta RF22 memiliki desain bagian depan yang tampak agresif dengan dilengkapi oleh kehadiran lampu bi-xenon dan spoiler yang sangar.

Sementara pada bagian buritannya, supercar ini memiliki desain yang stylish dengan menampilkan dua buah knalpot lebar yang tersemat di bagian bawah spoiler belakang.

Velg berbahan karbon 19 inci yang dibalut ban Michelin Super Sport juga melengkapi kesan agresif dari mobil sport yang memiliki bobot total 1.363 kg ini.

Untuk dapur pacunya, Bulleta RF22 ditanamkan mesin supercharged dengan konfigurasi V6 berkapasitas 3.500 cc yang mampu menggelontorkan tenaga 505 bhp dan torsi 555 Nm.

Mesin ini diklaim sanggup membuat mobil sport ini dapat dipacu dari keadaan diam hingga mencapai kecepatan 100 km/jam dalam tempo 3,6 detik.

Pihak Bulleta Motors tidak memberikan keterangan mengenai banderol harga dan berapa banyak unit ketersediaan supercar besutannya ini untuk dipasarkan.

Namun mereka mengatakan bahwa Bulleta RF22 akan diproduksi sesuai keinginan para pembelinya, alias custom made, lengkap nomor seri individual serta jam mekanik chronograph buatan Swiss.
ReadFull Article ..

Friday, March 7, 2014

Unik Semua Pelayan di Restoran Ini Kembar


Di Rusia, bisnis kuliner menggila. Mulai restoran dan cafe, persaingan di bisnis cukup ketat. The Twins Star, sebuah restoran unik di Rusia sajikan sesuatu yang berbeda. Di restoran tersebut, semua pelayan yang menjamu pelanggan adalah kembar (identik).

Adalah Alexei Khodorovsky pemilik restoran tersebut yang miliki tak biasa ini. Ia mencari cara bagaimana membuat pelanggan tertarik singgah dengan konsep yang berbeda. Tak hanya lain daripada yang lain, konsep tersebut juga menjual. Tak hanya kembar, para pelayan di The Twins Star juga diwajibkan memakai pakaian yang sama dengan kembarannya.

Memang konsep tersebut akan sedikit membingungkan pelanggan. Bayangkan saja, mereka harus ingat betul pada pelayan mana memesan makanan. Lantas, bagaimana mengingatnya, wajah dan pakaian mereka saja sama.
Justru ini yang menjadi daya tarik. Pelanggan seakan tertantang dan termotivasi. Akan tetapi tetap ada hambatan untuk terapkan ide brilian ini. Alexei Khodorovsky pun mengakui sempat merasa kesulitan.
Ia mengeluh cukup sukar mencari calon karyawan pasangan kembar bersaudara. Jika yang satu tertarik, belum tentu satunya setuju. Jika yang satu sedang menganggur dan sudi bergabung, belum tentu yang satunya senada. Bisa jadi ia sudah miliki pekerjaan.
Dalam sebuah video yang diunggah di Youtube nampak karyawan kembar di The Twins Star miliki posisi yang sama. Misal yang satu bartender maka kembarannya juga berposisi sebagai bartender. Simak videonya di bawah ini.

Penasaran? lihat videonya disini


ReadFull Article ..

Thursday, March 6, 2014

GM Pad Rumah Mobil Masa Depan 7 Gambar


GM Pad ialah sebuah konsep rumah bergerak yang ditinjauankan pada tahun 2006. Sungguhpun sudah 6 tahun berlaku pada pendapat aku rekaannya masih releven dan fresh. GM Pad ialah sebuah konsep yang ditinjauankan oleh Steve Anderson, Senon B. Franco lll dan Jay Bernard untuk pertandingan California Design Challenge. GM Pad ialah sebuah kenderaan hibrid dengan panel solar pada bahagian atap untuk membekalkan tenaga elektrik kepada perkakas dalaman. Agak malang juga konsep ini tidak pernah ditinjauankan kerana rekaanya menarik dan tidak sebosan kebanyakkan rumah bergerak yang boleh kita lihat sekarang.
ReadFull Article ..

Wednesday, March 5, 2014

Kitar semula air kencing



ANGKASAWAN meminum air kencing yang dikitar semula ketika berada di angkasa lepas.


DI stesen antarabangsa angkasa lepas, para angkasawan meminum kencing yang ditinjauankan dengan memprosesnya menjadi air yang boleh diminum. Ini termasuk peluh badan.

“Rasanya sedap,” kata seorang angkasawan Amerika Syarikat, Michael Barratt. Gennady Padalka dari Rusia berkata, beliau mendapati ada buih dalam air yang diminum. Air ini juga datang dengan label yang menyebut: “Minum air ini apabila berada 200 batu dari sini.”
Sistem kitar semula air kencing ini menjimatkan kos Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) kerana tidak perlu meletakkan stok air yang banyak di stesen antarabangsa angkasa lepas.
Sistem kitar semula air telah pun dibawa ke stesen antarabangsa angkasa lepas pada bulan November lalu tetapi tidak boleh digunakan sehingga sampel dibawa balik ke bumi. Di bahagian ruang stesen Rusia, kelembapan dalam air, bukan air kencing ditukar menjadi air untuk diminum.
Dengan enam orang angkasawan, mereka mampu mengtinjauankan enam gelen air kencing dalam masa enam jam.
ReadFull Article ..

Tuesday, March 4, 2014

Haliza Misbun Seronok Membujang

Haliza Misbun

Lama juga kita tidak mendengar khabar dramatis popular sekitar 90-an yang seorang ini. Siapa yang boleh lupa pada Haliza Misbun, seorang pelakon wanita penuh attidude. Bertemu beliau baru-baru ini, kami sempat bertanyakan khabar dan perkembangan terkini dirinya.
Jelas Haliza, meskipun telah mencecah usia 40 tahun tetapi jiwa dan semangatnya tidak pernah tua. Malah pelakon yang pernah membintangi filem Andartu Terlampau ini sentiasa teruja, bersemangat dan lebih matang. Tiada rahsia awet muda, sebaliknya beliau mengamalkan senaman jogging setiap hari sejak 10 tahun dulu.
“Saya seronok dan sentiasa menikmati kehidupan solo saya. Saya sentiasa ada aktiviti yang saya nak buat. Saya dikelilingi oleh kawan-kawan, keluarga dan anak-anak buah. Say tak pernah rasa sunyi.
“Tak ada rahsia apa pun. Dari dulu lagi saya memang amalkan berjongging”, katanya yang kini nampak lebih langsing.
Meskipun belum berumah tangga namun Haliza dia tidak pernah berasa sunyi. Sebaliknya wanita ini sangat menikmati kehidupan solonya. Namun, katanya, beliau tidak menolak jika ada lelaki yang sudi dan sanggup untuk berkahwin dengannya.
Mengakui sebelum ini beliau memang cerewet dalam memilih pasangan kerana Haliza lebih tertarik dengan orang luar. Tetapi tapi sekarang kakak kepada pelakon Amanda Misbun ini tidak kisah lelaki berbangsa apa pun yang mendekatinya asalkan lelaki itu bukan suami orang.
“Kalau ada lelaki yang betul-betul ikhlas dan yang boleh saya get along, saya akan menerimanya. Saya dah bersedia untuk berkahwin. Tapi saya tak akan menerima lelaki itu kalau dia bersatus suami orang”, katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor dari Indonesia, Ari Wibowo.
Pekembangan lain, Haliza akan melancarkan novel pertama nukilannya bertajuk Cinta Rimau, selepas hari raya Aidilfitri nanti. Selain itu beliau akan menerbitkan sebuah program khas untuk wanita, Citra Wanita di saluran RTM.
“Dah lama tak berlakon. Jadi cara saya curahkan segala kreativiti saya adalah dengan menulis novel. Novel ni bukan tentang diri saya tapi ia sebuah novel fiksyen dan mistik”, terangnya. - Malaysian Digest
ReadFull Article ..

Monday, March 3, 2014

AC Motor Pertama di Dunia

EntroSys Motorcycle Air Conditioning adalah AC (pendingin udara) pertama di dunia yang khusus digunakan di motor.



Seperti semua AC di dunia ini tentu berfungsi untuk mndinginkan atau membuat anda sejuk pada saat berkendara dengan motor dan tidak ada lagi yang namanya kepanasan atau keringatan sehingga membuat baju anda basah kuyup karena keringat.


Sistimnya sangat sederhana, mesin AC diletakkan di bagian belakang kemudian ada sebuah pipa fleksibel (selang) yang disambungkan ke rompi yang dibuat khusus untuk memberikan kesejukan. Selain sebagain pendingin, EntroSys juga bisa digunakan untuk penghangat yang berguna bila berkendara pada malam hari atau cuaca dingin.

Untuk mengontrolnya, sudah disertakan sebuah remote control wireless yang dipasangkan pada bagian kemudi sehingga kita bisa mengaktifkannya dengan mudah.

Gimana? Sudah tidak perlu takut panas lagi kan?? Sayangnya tidak disertakan 2 buah selang sehingga kalau ada penumpang di belakang bisa menikmati AC ini.Tapi sayang belum ada informasi harga.


sumber
ReadFull Article ..

Sunday, March 2, 2014

Snow Roller Fenomena Unik Gulungan Salju

Alam bisa menciptakan gulungan salju seperti manusia suka membuat bola salju. Bedanya, pada gulungan salju berbentuk silinder dan tengahnya berongga. Bagaimana ini bisa terjadi?

Gulungan salju atau snow roller adalah fenomena alam yang terjadi karena tingginya kecepatan angin meniup dataran salju, biasanya tergantung pada halusnya permukaan salju. Kepingan-kepingan salju ini akhirnya membentuk gulungan-gulungan seperti roti gulung.
 
 
 
sumber
ReadFull Article ..

Saturday, March 1, 2014

‘Scan’ Penyakit Guna Telefon Bimbit Warga Emas Rugi RM3 500


Scan Penyakit Guna Telefon Bimbit, Warga Emas Rugi RM3,500
‘Scan’ Penyakit Guna Telefon Bimbit, Warga Emas Rugi RM3,500 - ALOR GAJAH : Seorang warga emas rugi kira-kira RM3,500 selepas tiga barangan kemas miliknya dilarikan seorang wanita yang menyamar sebagai wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Lendu Hilir, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Che Rus Uda, 74, didatangi seorang wanita lingkungan usia 20-an yang memperkenalkan diri sebagai wakil JKM.
Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal sendirian sejak lebih 50 tahun lalu sedang menonton televisyen sebelum terdengar suara memberi salam berulang kali.
“Perbualan antara saya dengan wanita itu hanya dalam jarak jauh sebelum dia memaksa saya membuka pintu yang dikunci cucu yang keluar beberapa minit sebelum kejadian.
“Kemudian wanita yang memakai kemeja dan bertudung putih itu turun dari sebuah kereta menyatakan hendak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendesak saya membuka pintu rumah,” katanya.
Che Rus berkata, selepas wanita itu masuk ke dalam rumahnya, dia diarahkan membuka semua barang kemas yang dipakainya dan berbaring untuk melakukan pemeriksaan.
“Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, saya buka juga gelang tangan, rantai leher dan anting-anting dan meletakkannya di atas lipatan baju di ruang tamu.
“Melihat keadaan saya yang tidak selesa berbaring di atas lantai, wanita itu mengarahkan saya masuk ke dalam bilik sebelum dia ‘scan’ seluruh badan dengan menggunakan telefon bimbitnya sahaja. Kemudian dia keluar untuk menghubungi seseorang,” katanya.
Dia berkata, selesai ‘pemeriksaan’, wanita itu menghalangnya daripada bangun dengan alasan dia akan pitam jika berjalan.
“Sepanjang dalam bilik saya berasa tidak sedap hati memikirkan barangan kemas yang ditinggalkan di ruang tamu dan terus keluar dari bilik sebaik terdengar pintu besi di beranda rumah seolah-olah ditolak seseorang.
“Selepas itu, saya terkejut apabila melihat kesemua barang kemas sudah hilang malah kelibat wanita itu juga tiada,” katanya.
Katanya, sebelum kejadian, wanita berkenaan ada datang ke rumahnya, namun beredar selepas menyedari cucunya, Hussin Abu Hasan, 31, turut berada di rumah dan datang semula 30 minit kemudian.
“Saya difahamkan oleh jiran berdekatan, kereta dinaiki wanita itu sudah berlegar-legar di hadapan rumah saya kira-kira 30 minit sebelum kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menasihatkan golongan warga emas khususnya supaya lebih berhati-hati.
“Warga emas atau individu yang tinggal sendirian di rumah dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pujukan individu tidak dikenali dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. – Sinar Harian
ReadFull Article ..